Linguistik teori

Linguistik teori ialah bidang penyelidikan bahasa (linguistik) yang dilakukan untuk mendapatkan kaedah-kaedah yang berlaku dalam bahasa manusia pada umumnya (Kridalaksana, 2008). Bidang-bidang yang secara umum dianggap sebagai intipati linguistik teori ialah fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Linguistik teori juga terlibat dalam pencarian universal linguistik, iaitu sifat umum yang dimiliki semua bahasa.